Kebanyakan produk mati bukan sbb pemasaran teruk. Dia mati sbb matematik dia dah kalah sebelum iklan pertama jalan. Sistem ni kira semuanya dlm 10 minit, merentas Shopee, TikTok Shop, Lazada dan DTC, sebelum ko bayar MOQ.
Kebanyakan produk mati bukan sbb pemasaran teruk. Dia mati sbb matematik dia dah kalah sebelum iklan pertama jalan. Tool ni kira benda tu dlm 10 minit, merentas Shopee, TikTok Shop, Lazada dan DTC sendiri, atas landed cost yang sama.
| Contribution margin | Break even ROAS | Maksudnya |
|---|---|---|
| 50% | 2.00x | Ruang luas. Boleh uji iklan, boleh diskaun |
| 40% | 2.50x | Zon sihat utk kebanyakan supplement dan skincare |
| 30% | 3.33x | Ketat. Satu campaign diskaun boleh padamkan |
| 20% | 5.00x | Jarang mampan atas trafik berbayar |
| 15% | 6.67x | Ko jual utk platform, bukan utk diri sendiri |
Soalan sebenar bukan berapa margin aku. Ia: dlm kategori ni, atas platform ni, aku boleh x hit ROAS tu secara konsisten selama 6 bulan. Kalau jawapannya tidak, produk tu dah mati pada harga tu, dan ko tahu benda ni sebelum keluarkan duit MOQ.
| # | Langkah | Tab | Yang ko dapat |
|---|---|---|---|
| 01 | Bina landed cost dari quotation supplier | Landed Cost | Kos sebenar seunit, bukan harga FOB |
| 02 | Sahkan fi setiap platform dari seller centre ko | Fee Registry | Take rate sebenar, bukan tekaan |
| 03 | Isi harga jual dan kos operasi | Unit Economics | Contribution dan break even ROAS |
| 04 | Banding empat platform atas kos sama | Platform Compare | Mana satu produk ni sebenarnya hidup |
| 05 | Uji lima titik harga | Price Ladder | Harga mana bagi ruang paling besar |
| 06 | Kira terbalik dari margin sasaran | Reverse Solver | Max landed cost dan max CAC |
| 07 | Model 6 bulan pertama | Launch Curve | Bila cash flow pusing positif |
| 08 | Semak modal terperangkap | Cash & Stock | Puncak keperluan tunai |
| 09 | Baca verdict, rekod sebab | Verdict | Go, no go, atau betulkan apa dulu |
Sistem ni satu rantaian, bukan 11 tool berasingan. Dua benda kat atas suapkan semua benda kat bawah. Ubah satu input, semua modul bawah dia update serentak. Peta ni tunjuk arah aliran.
Bar hijau ialah revenue. Bar maroon ialah kos yang tolak dia. Bar terakhir ialah apa yang tinggal untuk ko, selepas iklan dan cukai iklan.
| Peraturan | Kenapa |
|---|---|
| Sistem ni x auto save | Data duduk dlm memory browser je. Export JSON sebelum tutup tab, kalau x semua hilang |
| Isi organik % dari data sebenar | Nilai default tu tekaan aku. Angka betul ada dlm Business Insights. Dia terus ubah keputusan platform |
| Jgn banding platform guna take rate | DTC sentiasa menang atas take rate dan selalunya kalah atas break even ROAS. Banding guna lantai sebenar |
| Rate WHT kat sini model sahaja | Kedudukan cukai sebenar ditentukan dlm sistem WHT, atas entiti berkanun dan negara residensi |
| Verdict tinggi bukan jaminan | Dia triase. Dia tunjuk faktor mana lemah, bukan jamin produk ko jadi |
Harga FOB supplier bukan kos ko. Kos ko ialah harga tu campur semua benda yang berlaku sebelum stok sampai gudang. Kebanyakan seller silap kira 20 sampai 40% kat sini.
Duti dikira atas harga unit campur freight, bukan atas harga unit sahaja. Sahkan asas duti dan kod tarif dgn forwarder ko, sbb ia berbeza ikut produk.
Semua nilai kat sini adalah draf yang dimasukkan utk struktur je. Kadar komisen berubah ikut kategori, tier seller, campaign dan masa. Buka seller centre ko, sahkan setiap satu, tukar status jadi VERIFIED. Seal atas kekal maroon sampai ko buat.
Komisen tu baru satu lapisan. Voucher yang seller tanggung, programme free shipping, transaction fee dan komisen affiliate semua tolak dari revenue yang sama. Seller yang ingat dia bayar 8% selalunya bayar 14 sampai 18% sebenarnya. Itu beza antara produk untung dan produk rugi.
| Perkara | Marketplace | DTC sendiri |
|---|---|---|
| Komisen platform | Ada | Takde |
| Trafik organik | Ada, percuma | Hampir takde |
| Peratus order dari iklan berbayar | Sebahagian | Hampir 100% |
| Kos penghantaran | Selalu dikongsi | Ko tanggung penuh |
| Kepercayaan pembeli | Datang dari platform | Ko kena bina sendiri |
Sebab tu kolum Organik % tu wujud. Ia peratus order yang sampai tanpa belanja iklan. Marketplace hantar trafik percuma, DTC hampir langsung tidak. Sistem ni guna nombor tu utk kira break even ROAS sebenar, iaitu bar yang ko kena lepasi dlm ads manager. Tanpa pelarasan ni, DTC akan sentiasa nampak menang atas kertas sbb take rate dia paling rendah, dan itu perbandingan yang menipu.
Per order yang berjaya dihantar. Order gagal dibebankan atas order berjaya, sbb itulah yang berlaku dlm akaun ko.
Landed cost auto tarik dari tab Landed Cost bila ko tekan butang tu. Kalau ko nak override manual, taip terus.
Antara duit yang keluar dari kad ko dan angka yang ads manager tunjuk, ada empat lapisan: cukai pegangan, cukai tak langsung atas perkhidmatan import, kos kad dan FX, dan fi agency. Semua tolak dari duit yang sama. Planner ni kira lapisan tu dan naikkan lantai break even ko ikut sepatutnya.
Kalau kos iklan sebenar ko 12% lebih tinggi dari yang ko ingat, break even ROAS ko pun 12% lebih tinggi. Produk yang nampak lulus pada 2.5x sebenarnya perlu 2.8x. Beza tu kecil atas kertas dan besar dlm akaun bank. Semua rate kat sini adalah model, bukan kedudukan cukai yang disahkan.
Card charge self service x boleh dipotong. Vendor terima penuh. Itu tolak ko masuk borne atau grossup secara default. Mana satu betul tu soalan undang2 pasal tax base, bukan pilihan.
Ini sebab modul ni duduk sebelum Platform Compare dan bukan selepas. Setiap modul di bawah baca multiplier ni.
Produk sama, landed cost sama, harga sama. Cuma struktur fi dan penghantaran yang berbeza. Ini tunjuk platform mana produk ni sebenarnya hidup.
Kos sama, lima titik harga. Kenaikan harga jatuh hampir sepenuhnya ke contribution, sbb landed cost x berubah. Itu sebab harga selalunya tuas paling kuat, bukan potong kos.
Kolum terakhir tunjuk sama ada ROAS yang ko mampu melepasi lantai pada harga tu. Harga terendah yang lulus tu biasanya titik masuk paling selamat utk launch, sbb dia bagi ruang naik harga kemudian.
Mula dari margin yang ko mahu, kira ke belakang. Ini yang ko bawa masuk rundingan supplier, sbb ko akan tahu tepat berapa harga maksimum yang masuk akal sebelum ko tanya harga dia.
Kalau quotation supplier ko lebih tinggi dari siling ni, ada empat pilihan je: naikkan harga, rundingkan MOQ lebih besar utk harga unit lebih rendah, kurangkan spec kos, atau tinggalkan produk tu. Bukan lima. Harapkan volume akan betulkan margin negatif bukan pilihan.
Bulan pertama ROAS memang teruk. Model keadaan stabil sembunyikan benda ni dan buat produk nampak lebih baik dari sebenarnya. Ini tunjuk lubang tunai sebelum keuntungan.
Produk untung atas kertas masih boleh bunuh bisnes kalau modal terperangkap lebih lama dari yang ko mampu tahan. Ini tunjuk puncak keperluan tunai.
Triase, bukan keputusan. Dia bagitau ko benda mana yang lemah dan kena betulkan dulu. Keputusan tetap milik ko.